Ada sepasang suami isteri yang baru pindah. Pada keesokan pagi ketika mereka sedang sarapan, si isteri melihat pakaian yang dibasuh dan di sidai jiran sebelah menerusi cermin tingkap rumahnya.
”pakaian yang jiran tu basuh kotor la, dia tak tahu nak basuh kain ke?” komen si siteri.
”Ataupun dia guna sabun cap ayam kot” tambah si isteri lagi.
Si suami memandang keluar tapi diam sahaja.
Setiap kali si jiran menyidai kain dan di lihat oleh si isteri, si isteri akan komen. Pelbagai komen yang negatif keluar dari mulut si isteri. Selepas sebulan, si isteri terkejut apabila melihat pakaian yang di sidai bersih.
”fu yoo ! dia dah pandai membasuh la. Bersih. Siapalah agaknya yang ajar dia?”komen si isteri kepada suami.
“abang bangun awal pagi tadi, abang yang cuci cermin tingkap kita”jawab si suami dan terus berlalu meninggalkan si isteri termanggu.
Inilah moralnya… apa yang kita lihat pada orang lain bergantung pada medium yang kita lalui. Sebelum kita bagi sebarang kritikan, pastikan benda yang kita nak kritik tu tak mengena pada diri kita sendiri. Pastikan dulu persepsi kita betul. Bukan menyalahkan orang tanpa menyelami kebenaran atau ilusi kritikan itu. (dux)
Free Read EVERYBODY GET LAID, NOBODY GETS SCREWED: THE TRUE STORY OF THE
80S IN THE PARK FESTIVAL Kindle Unlimited PDF
-
*Read EVERYBODY GET LAID, NOBODY GETS SCREWED: THE TRUE STORY OF THE 80S IN
THE PARK FESTIVAL Digital Ebooks PDF*
Read EVERYBODY GET LAID, NOBODY GETS...
3 years ago
No comments:
Post a Comment