Thursday, December 25, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah !

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang
penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting
berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke
Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan
di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh
negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di
Malaysia dan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.